Friday, February 11, 2011

Larian Perdana Mahkota

Tepat jam 7.45 pagi dah ramai yang berkumpul. Semuanya tak sabar-sabar. Maklum sajalah bukan senang nak berlari beramai - ramai. Kecil, besar tua, muda semuanya mengambil bahagian tau. Ada yang ibubapa dari awal pagi lagi menghantar anak - anak mereka. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan waktu itu untuk sama-sama membuang lemak - lemak dalam badan nie. Walaupun ia bukan bersifat pertandingan tapi sifat bertanding tetap sedia ada.

Peluh mencurah- curah. Walaupun berlari -lari anak tapi baju tetap basah. Berjalanpun tetap rasa penat. Puas hati sangat dengan acara yang diadakan pada pagi tadi. Rasanya kalau senam robik diteruskan sampai setengah jam pun  lagi seronok.

Terkial-kial nak buat gerakan senam robik. Selalu senam biasa saja. Tapi sebab ramai yang sama - sama terkial, buat ajer. Silap ke, langkah sumbang ke, siapa peduli yang penting semua aktiviti berjalan dengan lancar... Terima kasih...

No comments:

Post a Comment