Tuesday, November 22, 2011
Musim Pengantin
Salam. Sudah lama rasanya tidak membuka blog. Dikesempatan ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menceritakan tentang majlis perkahwinan. Saat manis, suka duka semua jadi satu. Betul ramai orang yang datang untuk menyiapkan segala persiapan pada yang akan berlangsung pada 3 hari lagi. Dari hari kehari segala persiapan dilaksanakan sedikit demi sedikit. Jadi tidak menjadi masalah. Jiran-jiran datang gotong royong menyiapkan segala bahan- bahan masakan. Nak dijadikan cerita ramai yang bertanya-tanya kenapalah pengantin kerja tak cuti-cuti. Mana tidaknya kalau cuti dulu kerja tak siap alamatnya masa majlis nanti asyik fikirkan kerja saja. Baju semua sudah ditempah. Baju nikah ditempah khas dan dihantar pada tukang jahit khas. Baju persandingan, pelamin bersanding, tempat makan dan gaun pengantin semuanya tempah dengan mak andam. Mak andam punyalah sporting siap tempahkan satu set persalinan selepas majlis akad nikah untuk majlis malam berinai. Kepada anda yang ingin berkahwin carilah baju yang sesuai, mak andam yang sporting yang senang dibawa berbincang. Itulah yang paling penting.
Label:
Pakaian pengantin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment