Saturday, July 21, 2012

Bermula Ramadhan

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam [[matahari]] dengan niat. Umat [[Islam]] juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.



Yang pastinya Jangan lupa !



Perkara-perkara sunat puasa:
a) membanyakkan membaca al-Quran
b) mandi junub sebelum fajar
c) melewatkan sahur waktu imsak
d) berbuka dengan buah tamar dan benda manis
e) membanyakkan sedekah
f) solat terawih
g) segera berbuka bila masuk waktu
Perkara-perkara makruh puasa
a) berkumur-kumur dengan keterlaluan
b) merasa makanan dengan lidah
c) bercakap perkara-perkara buruk dan keji
d) memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
e) gosok gigi setelah gelincir matahari
f) mencium isteri
g) menderma darah



No comments:

Post a Comment