Thursday, December 29, 2011

Siapakah Peserta MLM Yang Maki Hamun Juri?

Siapakah Peserta MLM Yang Maki Hamun Juri?

weight loss dieting: Tips Help Your Kid Develop a Positive Self-Image

weight loss dieting: Tips Help Your Kid Develop a Positive Self-Image: Try these 7 tips to foster optimism and resilience in your hefty outcome: 1) Believe in your Children.  Assure your children with the inte...

Sunday, December 25, 2011

Info Banjir

Monday, December 19, 2011

Lawaknya

ni kalaulah betul kucing pandai buat camnie. habislah tuan punya kucing nak duduk mana.
nie mana satu yang makanan. boleh makan ker taknie. hati - hatilah kalau nak makan tu yer kesiannya pokok tu. daunnya semua dah gugur. semua dah duduk kat situ. Tinggal ranting sahaja.
Nie sapa yang tipu siapa. Bapak tipu anak . Atau Bapak kena tipu dengan anak. Nak makan aiskrim xde duit atau kedekut duit.

Sunday, December 18, 2011

Makanan waktu hujan

. pilih makanan yang sesuai? . cara masak yang bagaimana yang sedap? .anak-anak suka makan apa? .jangan membazir makanan

Tuesday, December 13, 2011

Baju batik

adakah baju begini sesuai dengan bentuk tubuh anda? cari kain yang sesuai. Sesetengahnya biarlah ia mahal sedikit tetapi sesuai dipakai.
jika anda sesuai dan selesa dengan cara begini.
Jika anda inginkan sesuai yang kelainan bolehlah cuba ini.

hadiah

Hadiah dari PM kita untuk rakyat . tangga gaji baru . bantuan untuk isi rumah . bantuan RM100 tahun 1 hingga 6 . bantuan RM500 . bantuan kepada pelajar SK Men # jika bantuan sebegini yang dihulurkan tetapi masih tidak bersyukur , bagaimana??

Monday, December 12, 2011

Rumah mampu milik

Semua nak rumah cantik. Barang2 mewah dan selesa serta lengkap. Kalau dapat mcm nie x payah pegi mana2 duduk diam2 jer.

Saturday, December 10, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Buat kekasih

Untukmu Ibu

Ibu....
Engkaulah hatiku..
Ibu...
Engkaulah jiwaku..
Penenang, penyejuk, pengubat,
walau dimana engkau berada.

Ibu...
Janganlah engkau lupakan diriku,
walaupun sesaat
Berkat doamu aku mohon..
Buat bekalan sepanjang hidup.

Ibu..
Apalah ertinya hidupku
Tanpamu,
Ku damba belai manja daripadamu,


Apakah salah
Apakah dosa
Sehingga aku menjadi mangsa
Tidakkah kau merasa
simpati.....
kasihi.......
sayangi.....
hormati.....
ibu..

cuti sekolah


Naik beca best. Tapi sebab waktu tu musim hujan sekejap jer. Jalan punyalah sibuk. Anak - anak mcm tak percaya beca tu boleh naik 2 atau 3 orang.

Tuesday, November 22, 2011

Cuti-Cuti


Sampaikan nak balikpun masih nak ambil gambar lagi dgn gajah

Kreativiti

Musim Pengantin

Salam. Sudah lama rasanya tidak membuka blog. Dikesempatan ini saya nak luangkan sedikit masa untuk menceritakan tentang majlis perkahwinan. Saat manis, suka duka semua jadi satu. Betul ramai orang yang datang untuk menyiapkan segala persiapan pada yang akan berlangsung pada 3 hari lagi. Dari hari kehari segala persiapan dilaksanakan sedikit demi sedikit. Jadi tidak menjadi masalah. Jiran-jiran datang gotong royong menyiapkan segala bahan- bahan masakan. Nak dijadikan cerita ramai yang bertanya-tanya kenapalah pengantin kerja tak cuti-cuti. Mana tidaknya kalau cuti dulu kerja tak siap alamatnya masa majlis nanti asyik fikirkan kerja saja. Baju semua sudah ditempah. Baju nikah ditempah khas dan dihantar pada tukang jahit khas. Baju persandingan, pelamin bersanding, tempat makan dan gaun pengantin semuanya tempah dengan mak andam. Mak andam punyalah sporting siap tempahkan satu set persalinan selepas majlis akad nikah untuk majlis malam berinai. Kepada anda yang ingin berkahwin carilah baju yang sesuai, mak andam yang sporting yang senang dibawa berbincang. Itulah yang paling penting.

Sunday, February 27, 2011

Anakku Sazali - Tanya Sama Hati bersama Lirik

Akhirnya saya terjumpa juga video ni...teragak nak ambil sebab terdengar nyanyian merdu oleh rakan sekerja saya....


Tanya Sama Pokok.

Ingat pada zaman kanak - kanak. Masa tu baru masuk kelas tadika umur plak dalam 4tahun. Lagu yang mula-mula cikgu ajar " tanya sama pokok". Tiap-tiap hari nyanyi tau nak ingat punya pasal.

1, 2, 3 sayang semuanya

Nursery_bapaku plg.mpg

نشيد الارقام

Sudirman - Milik Siapakah Gadis Ini

sudirman pelangi petang lirik

KERETA LEMBU

The Most Beautiful Asmaul Husna

Raihan - doa taubat

Biarlah Aku Sengsara Sendiri - Sudirman

Ayah Dan Ibu - Sudirman

Rasa Sayang Sayange (Children Song)

Lagu kanak kanak : lagu tiga kupang

Saturday, February 12, 2011

bio aura

Pernah rasa air bio aura. Sejuk jer tau. Kalau minum mesti nak lagi.
air
  air
    air
       air
sedap, segar, dan berkhasiat tau.
kalau ada sesiapa nak pasang bio aura boleh tinggalkan pesanan.

Untuk pengetahuan anda semua air bio aura nie boleh melicinkan kulit muka tau.
setiap pagi cucilah muka anda dengan bio aura. hasilnya anda akan rasa kelainannya pada wajah anda.
Disini telahpun ada sijil bagi pengguna yang merasakan was-was ingin menggunakannya

Friday, February 11, 2011

Jualan Murah

Dengar- dengar ada jualan murah semalam. Tilam separuh harga dijual.
Pakaian kanak - kanak separuh harga.
Walaupun dalam keadaan macamnie kan kedai juga yang banyak untung. Memang kedai yang sedia ada kena banjir, tapi keperluan harian penduduk semuanya perlu. Bayangkan keadaan rumah yang kena banjir sampai ke bumbung ditenggelami air tak sempat nak selamatkan barang2. Pinggan mangkuk, barang - barang elektrik, baju, makanan, kenderaan yang rosak.
Itu lum lagi keperluan anak - anak sekolah. Buku tulis, buku rujukan, baju sekolah, kasut semuanya nak beli baru tau.....
Peringatan kepada semua ibubapa belanjalah dengan berhemah..

Larian Perdana Mahkota

Tepat jam 7.45 pagi dah ramai yang berkumpul. Semuanya tak sabar-sabar. Maklum sajalah bukan senang nak berlari beramai - ramai. Kecil, besar tua, muda semuanya mengambil bahagian tau. Ada yang ibubapa dari awal pagi lagi menghantar anak - anak mereka. Tidak ketinggalan juga ada yang mengambil kesempatan waktu itu untuk sama-sama membuang lemak - lemak dalam badan nie. Walaupun ia bukan bersifat pertandingan tapi sifat bertanding tetap sedia ada.

Peluh mencurah- curah. Walaupun berlari -lari anak tapi baju tetap basah. Berjalanpun tetap rasa penat. Puas hati sangat dengan acara yang diadakan pada pagi tadi. Rasanya kalau senam robik diteruskan sampai setengah jam pun  lagi seronok.

Terkial-kial nak buat gerakan senam robik. Selalu senam biasa saja. Tapi sebab ramai yang sama - sama terkial, buat ajer. Silap ke, langkah sumbang ke, siapa peduli yang penting semua aktiviti berjalan dengan lancar... Terima kasih...

Thursday, February 10, 2011

Banjir di Segamat 2011


 Siapa sangka dan siapa menduga............... Hujan sekejap,2 tiba-tiba banjir.
 Pandanglah dan renungkanlah........ iaaaa.
Ketahuilah janganlah menyalahkan mengapa ia berlaku..
tetapi kenapa ia berlaku?
balasankah?
takdirkah?